KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU


RUKUN NEGARA


BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


KELUHURAN PERLEMBAGAAN


KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


KESOPANAN DAN KESUSILAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Kemahiran Hidup Bersepadu.
Mengamalkan Langkah Keselamatan (Amalan 4 M)
 



1. MEMBERSIH
    Kebersihan bengkel : Bengkel bersih, teratur dan selamat untuk digunakan
    Kebersihan mental : Berfikiran secara posotif
 
2. MENYUSUN ATUR
    Menggunakan alatan dan menyimpan di tempat yang betul serta memastikan alat pemadam api dan alatan
    kecemasan berkeadaan baik.
 
3. MENILAI DIRI SENDIRI DAN TEMPAT KERJA
    Mengamalkan peraturan bengkel dan mahir menggunakan alat pemadam api serta mempunyai kemahiran
    dalam rawatan pertolongan cemas.
 
4. MENDISIPLIN
    Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.


Pakai pakaian yang sesuai dan kasut getah


Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup


1. Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru
2.Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
3. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
4. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru
5. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
6. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan
7. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas
    sebelum meninggalkannya

ALN 103.tumbuhan Hiasan Kumpulan Renek

Pilihan 1
Tingkatan 1 : Reka Bentuk Dan Teknologi
Tajuk            : Tanaman Hiasan




Tajuk : Elektrik



Bagaimana elektrik di salurkan ke rumah



Pilihan 2
Tingkatan 1 : Ekonomi Rumah Tangga
Tajuk          : Jahitan

Jahitan Hiasan
Juga dikenali sebagai jahitan sulaman. Digunakan terutamanya untuk jahitan biasa ataupun untuk menghias pakaian, barang-barang peribadi dan alat kelengkapan rumahtangga. Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama-sama untuk memberi rupa dan kesan kepada motif. Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit. Pada asasnya semua jenis jahitan boleh dijadikan hiasan jika ianya dapat dihasilkan dan digabungkan dengan jahitan-jahitan lain agar lebih menarik.



Jelujur Halus







 Jelujur Berlilit








Kia








Jahitan Batang








Jahitan Rantai








Bunga Padi








Jahitan Sulam








 Jahitan Lurus








NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU


Tajuk : Jahitan Asas

A. ALATAN JAHITAN



1. Gunting

    * Kegunaan - untuk memotong kain dan benang

2. Jarum peniti
    * Kegunaan - untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel

3. Penetas
    * Kegunaan - untuk membuka semula jahitan yang silap

4. Kapur penanda
    * Kegunaan - untuk menanda garisan potongan dan jahitan

5. Pita Pengukur
    * Kegunaan -  untuk mengukur di atas kain dan kertas

B. MESIN JAHIT




 
 
 
Sebuah mesin jahit model lama
 
 
 
 
 
 
1. Jenis dan fungsi mesin jahit


i. Mesin jahit tangan
   *Mesin jahit lama. menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang

ii. Mesin jahit kaki
   * Mesin jahit yang murah dan popular, menggunakan kaki untuk memusingkan roda imbang

iii. Mesin jahit elektrik
    *Mesin jahit yang menggunakan motor elektrik untuk memusingkan roda imbang

iv. Mesin jahit elektronik
    * Mesin jahit dikawal sebahagian fungsi dan pergerakannya oleh papan elektronik dengan menggunakan
       kuasa elektrik

Majlis Berbuka...

SMS : Assalamualaikum dato',tuan seri, puan seri. Esok ada majlis berbuka puasa diteratak kami. Sila reply kehadiran anda asap. Tempat duduk terhad..

Alamak!! Kakak Ipar jemput ke majlis berbuka puasa dirumah dia..Berpusing-pusing kepala saya, mana taknya.Ini majlis berbuka puasa pertama bersama ipar duai saya. Sudah la hubby tak ada. Macam mana ya..
Akhirnya saya buat keputusan pergu juga,saya tumpang kakak ipar saya yang tinggal di Kajang.
Mulanya,ktorg singgah bazar ramadhan di perkarangan stadium Shah Alam. Meriah dan best jgk bazar tu.Macam2 yang ada...Besar.Tapi saya pening,apa yang saya nak bawa sebagai buah tangan. Takkan tangan kosong jer.. Akhirnya saya beli popia basah.Itu je..hahahaha.. Sebab kalau beli banyak2 kang membazir pulak.Kan?
Majlis berbuka puasa : Rasa yang menggigil2 tadi hilang..Eh,ok jgk kakak2 iparku.. Kecoh rumah tu.Perjumpaan 3 family kakak ipar aku dan 2 orang adik ipar ku sangat meriah..Aku lebih senang jadi pemerhati, pendengar dan melayan anak2 saudara yang huh nakal...Kalau hubby aku ada,dia lagi laa seronok..Hahaha..
Lepas majlis berbuka, saya dengan kakak ipar ke Up Town Shah Alam...Jem!!! Manusia yang sangat ramai..Memang Uptown Shah Alam best!! Macam2 orang ada..Yang bestnya,saya terjumpa seorang penjual kecil.Baru darjah 3 tapi dia punya skill komunikasi memang power!! Mesti mak dia yang ajar.. Rasanya nak pergi lagi la ke Uptown tu..Tunggu hubby lah..Pergi dengan dia..Best skit..
Ehh..mlm ni pun saya ada majlis berbuka. Di rumah mah sedara saya pulak. Di damansara..hahahah..

Muka baru...

Sebenarnya saya dah cuba beberpa kali nak tukar background blog ni. Tapi, sebab terlampau "terre", langsung tak jadi.. Ntah kat mana yang tak kena pun saya tak pasti..Macam-macam template dah saya pilih. Yang cun-cun, tapi tak boleh papar..eee...Geram laa jugak.
Lastnya, saya minta bantuan dari abg saya. Hehehe..sekejab je dia buat. Yea laa...computer dalam otak dia..Memang laa sekejab je dia boleh settle..
Nah..sekarang blog saya bermuka baru..Thanks to my big brother...hehehe...

Ini gambar saya dengan abg dan adik saya...Adik saya panggil abg dia, Abg Bubu..Apa BUBU tu, saya dan mak pun tak tahu..Hanya dia je yang tahu...
Ini pulak gambar berdua dgn abg saya...Huh..Memang saya kena simpan gambar ni sampai bila-bila seabnya bukan senang nak tangkap gambar gengan abg saya ni..Hahaha.." Weh, sapa kakak ipar aku hah?"...

Assigment oh Assigment..Ujian oh Ujian...

Pejam celik pejam celik, dan hampir tengah bulan Ramadhan. Cepatnya masa berjalan. Aduh..Demi mengingatkan raya..Bestnya dapat cuti, jumpa Hubby tapinya assigment semua nak kena complete!! Wahh..Ini memng masa menyiapkan assigment ni. Bukan saya je, semua rakan-rakan DPLI UKm Julai tengah berhempas pulas siapkan assigment...
Esoknya (Jumaat) ada ujian bahasa isyarat..nak kena menghafal...



Bukan sikit nk kena ingat...banyak seh. Dah la kita tak mengaplikasikan kod tangan tu..
Memangnya, "practice make perfect"...Kagumnya dengan cikgu-cikgu pendengaran yang fasih dengan kod tangan (sign language).Apa yang saya perhatikan, pelajar yang ada masalah pendengaran tak ada masalah dengan proses P&P, diorang boleh faham pergerakkan bibir cikgu. Yang masalahnya, cikgu-cikgu la yang kena mahir betul dengan sign languange ni. Pelajar akan berkomunikasi penuh dengan cikgu-cikgu dalam bahasa Isyarat..Kalau tak mahir, memang ternganga la..

Tapi, bukannya bermakna, saya dan kawan-kawan saya selesai je kursus DPLI ni terus mahir bahasa Isyarat. Cikgu-cikgu yang mengajar pelajr masalah pendengaran sekarang pun ambil masa dalam 2 tahun untuk mahir tau...Saya harap, saya dapat menguasai bahasa baru ini.. Hey..sangat menarik tau...Inilah yang dikatakan 'dengan hikmah saya meneroka....'

Di bawah ni, kira ayat mudah bahasa isyarat...hehehe..cuba teka...


Saya ada kucing yang buta

Si Herot....wah wah wah...

Balik Kampung...

Cuti 31Ogos yang lepas, saya berkesempatan untuk balik kampung (di Pendang, Kedah). Saya rindu bazar Ramadhan di Tenah Merah, Pendang. Saya rindu berbuka, bersahur dengan family. Malam pula ke masjid untuk berterawih bersama-sama mak...

Tapi, yang saya nak cerita ni bukan pasal puasa or bazar ramadhan. Tapi mengenai kucing buta saya. Nama kucing tu, Si Kelabu. Si kelabu ada nama baru, Si Herot..hahaha. Ni keja Mak Cu (mak sedara) sayalah..dia memang suka menggelar..huhu.



Inilah Si Herot..adik saya kata ini kucing kesayangan dia..hahaha. Si Herot ni tengah bunting tau.. Tak sabar nak tengok anak dia..Kucin ni memang buta. Dua-dua belah mata dia tertutup. Kalau berjalan kedapur (nak pi makan) belanggar-langgar dengan dinding dan kaki kerusi.Hahaha..Kesian. Tapi lucu...

Ni adik saya (Ainul Akmal). Dia ada masalah pendengaran. Kedua-dua telinga dia tak dapat mendengar dari kecil. Kata Dr, masalah saraf..Sekarang dia menggunakan alat bantuan pendengaran. Bolehlah belajar di kelas normal. Katanya, dia bukan OKU.Dia boleh mendengar dan bercakap.hahahha..ada-ada saja dia ni..

Hari Konvo Hubby...



Saya dan hubby terbang ke Sabah untuk majlis konvokesyen dia(Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-KPLI)...Majlis tu berlangsung di salah sebuah hotel five star di Kota Kinabalu (saya lupa la nama hotel tu)...
Saya berpeluang berjalan-jalan di Pasar Tamu di Gaya Street.Pasar Tamu tu macam pekan hari.Bermula dari jam 7.00am hingga 12.00pm.Macam-macam barang dijual di pasar tamu terutama barang kraf dari Sabah..Mutiara tu tak payah kata la...Rambang mata dibuatnya..

Alaa..gambar sekitar pasar tamu ada dalam Camere hubby saya laa...nanti saya uploadkan untuk tatapan semua...

Percutian di Sabah ni kira bulan madu we all lah..hehehe...