Majlis Berbuka...

SMS : Assalamualaikum dato',tuan seri, puan seri. Esok ada majlis berbuka puasa diteratak kami. Sila reply kehadiran anda asap. Tempat duduk terhad..

Alamak!! Kakak Ipar jemput ke majlis berbuka puasa dirumah dia..Berpusing-pusing kepala saya, mana taknya.Ini majlis berbuka puasa pertama bersama ipar duai saya. Sudah la hubby tak ada. Macam mana ya..
Akhirnya saya buat keputusan pergu juga,saya tumpang kakak ipar saya yang tinggal di Kajang.
Mulanya,ktorg singgah bazar ramadhan di perkarangan stadium Shah Alam. Meriah dan best jgk bazar tu.Macam2 yang ada...Besar.Tapi saya pening,apa yang saya nak bawa sebagai buah tangan. Takkan tangan kosong jer.. Akhirnya saya beli popia basah.Itu je..hahahaha.. Sebab kalau beli banyak2 kang membazir pulak.Kan?
Majlis berbuka puasa : Rasa yang menggigil2 tadi hilang..Eh,ok jgk kakak2 iparku.. Kecoh rumah tu.Perjumpaan 3 family kakak ipar aku dan 2 orang adik ipar ku sangat meriah..Aku lebih senang jadi pemerhati, pendengar dan melayan anak2 saudara yang huh nakal...Kalau hubby aku ada,dia lagi laa seronok..Hahaha..
Lepas majlis berbuka, saya dengan kakak ipar ke Up Town Shah Alam...Jem!!! Manusia yang sangat ramai..Memang Uptown Shah Alam best!! Macam2 orang ada..Yang bestnya,saya terjumpa seorang penjual kecil.Baru darjah 3 tapi dia punya skill komunikasi memang power!! Mesti mak dia yang ajar.. Rasanya nak pergi lagi la ke Uptown tu..Tunggu hubby lah..Pergi dengan dia..Best skit..
Ehh..mlm ni pun saya ada majlis berbuka. Di rumah mah sedara saya pulak. Di damansara..hahahah..

Muka baru...

Sebenarnya saya dah cuba beberpa kali nak tukar background blog ni. Tapi, sebab terlampau "terre", langsung tak jadi.. Ntah kat mana yang tak kena pun saya tak pasti..Macam-macam template dah saya pilih. Yang cun-cun, tapi tak boleh papar..eee...Geram laa jugak.
Lastnya, saya minta bantuan dari abg saya. Hehehe..sekejab je dia buat. Yea laa...computer dalam otak dia..Memang laa sekejab je dia boleh settle..
Nah..sekarang blog saya bermuka baru..Thanks to my big brother...hehehe...

Ini gambar saya dengan abg dan adik saya...Adik saya panggil abg dia, Abg Bubu..Apa BUBU tu, saya dan mak pun tak tahu..Hanya dia je yang tahu...
Ini pulak gambar berdua dgn abg saya...Huh..Memang saya kena simpan gambar ni sampai bila-bila seabnya bukan senang nak tangkap gambar gengan abg saya ni..Hahaha.." Weh, sapa kakak ipar aku hah?"...

Assigment oh Assigment..Ujian oh Ujian...

Pejam celik pejam celik, dan hampir tengah bulan Ramadhan. Cepatnya masa berjalan. Aduh..Demi mengingatkan raya..Bestnya dapat cuti, jumpa Hubby tapinya assigment semua nak kena complete!! Wahh..Ini memng masa menyiapkan assigment ni. Bukan saya je, semua rakan-rakan DPLI UKm Julai tengah berhempas pulas siapkan assigment...
Esoknya (Jumaat) ada ujian bahasa isyarat..nak kena menghafal...



Bukan sikit nk kena ingat...banyak seh. Dah la kita tak mengaplikasikan kod tangan tu..
Memangnya, "practice make perfect"...Kagumnya dengan cikgu-cikgu pendengaran yang fasih dengan kod tangan (sign language).Apa yang saya perhatikan, pelajar yang ada masalah pendengaran tak ada masalah dengan proses P&P, diorang boleh faham pergerakkan bibir cikgu. Yang masalahnya, cikgu-cikgu la yang kena mahir betul dengan sign languange ni. Pelajar akan berkomunikasi penuh dengan cikgu-cikgu dalam bahasa Isyarat..Kalau tak mahir, memang ternganga la..

Tapi, bukannya bermakna, saya dan kawan-kawan saya selesai je kursus DPLI ni terus mahir bahasa Isyarat. Cikgu-cikgu yang mengajar pelajr masalah pendengaran sekarang pun ambil masa dalam 2 tahun untuk mahir tau...Saya harap, saya dapat menguasai bahasa baru ini.. Hey..sangat menarik tau...Inilah yang dikatakan 'dengan hikmah saya meneroka....'

Di bawah ni, kira ayat mudah bahasa isyarat...hehehe..cuba teka...


Saya ada kucing yang buta

Si Herot....wah wah wah...

Balik Kampung...

Cuti 31Ogos yang lepas, saya berkesempatan untuk balik kampung (di Pendang, Kedah). Saya rindu bazar Ramadhan di Tenah Merah, Pendang. Saya rindu berbuka, bersahur dengan family. Malam pula ke masjid untuk berterawih bersama-sama mak...

Tapi, yang saya nak cerita ni bukan pasal puasa or bazar ramadhan. Tapi mengenai kucing buta saya. Nama kucing tu, Si Kelabu. Si kelabu ada nama baru, Si Herot..hahaha. Ni keja Mak Cu (mak sedara) sayalah..dia memang suka menggelar..huhu.



Inilah Si Herot..adik saya kata ini kucing kesayangan dia..hahaha. Si Herot ni tengah bunting tau.. Tak sabar nak tengok anak dia..Kucin ni memang buta. Dua-dua belah mata dia tertutup. Kalau berjalan kedapur (nak pi makan) belanggar-langgar dengan dinding dan kaki kerusi.Hahaha..Kesian. Tapi lucu...

Ni adik saya (Ainul Akmal). Dia ada masalah pendengaran. Kedua-dua telinga dia tak dapat mendengar dari kecil. Kata Dr, masalah saraf..Sekarang dia menggunakan alat bantuan pendengaran. Bolehlah belajar di kelas normal. Katanya, dia bukan OKU.Dia boleh mendengar dan bercakap.hahahha..ada-ada saja dia ni..

Hari Konvo Hubby...



Saya dan hubby terbang ke Sabah untuk majlis konvokesyen dia(Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-KPLI)...Majlis tu berlangsung di salah sebuah hotel five star di Kota Kinabalu (saya lupa la nama hotel tu)...
Saya berpeluang berjalan-jalan di Pasar Tamu di Gaya Street.Pasar Tamu tu macam pekan hari.Bermula dari jam 7.00am hingga 12.00pm.Macam-macam barang dijual di pasar tamu terutama barang kraf dari Sabah..Mutiara tu tak payah kata la...Rambang mata dibuatnya..

Alaa..gambar sekitar pasar tamu ada dalam Camere hubby saya laa...nanti saya uploadkan untuk tatapan semua...

Percutian di Sabah ni kira bulan madu we all lah..hehehe...



Photo Album


Kepada kawan-kawan semua....
Untuk melihat gambar-gambar saya (hari bertunang&perkahwinan)..
Anda semua boleh layari laman web ini, http://www.neldras.blogspot.com/
Itu blog abang saya (Bakrizal Fahmi bin Abu Bakar)..ehem..hem..dia solo lagi..
ada sape-sape nak jadi kakak ipar saya tak?? (hehehe..gurau je)