Balik Kampung...

Cuti 31Ogos yang lepas, saya berkesempatan untuk balik kampung (di Pendang, Kedah). Saya rindu bazar Ramadhan di Tenah Merah, Pendang. Saya rindu berbuka, bersahur dengan family. Malam pula ke masjid untuk berterawih bersama-sama mak...

Tapi, yang saya nak cerita ni bukan pasal puasa or bazar ramadhan. Tapi mengenai kucing buta saya. Nama kucing tu, Si Kelabu. Si kelabu ada nama baru, Si Herot..hahaha. Ni keja Mak Cu (mak sedara) sayalah..dia memang suka menggelar..huhu.



Inilah Si Herot..adik saya kata ini kucing kesayangan dia..hahaha. Si Herot ni tengah bunting tau.. Tak sabar nak tengok anak dia..Kucin ni memang buta. Dua-dua belah mata dia tertutup. Kalau berjalan kedapur (nak pi makan) belanggar-langgar dengan dinding dan kaki kerusi.Hahaha..Kesian. Tapi lucu...

Ni adik saya (Ainul Akmal). Dia ada masalah pendengaran. Kedua-dua telinga dia tak dapat mendengar dari kecil. Kata Dr, masalah saraf..Sekarang dia menggunakan alat bantuan pendengaran. Bolehlah belajar di kelas normal. Katanya, dia bukan OKU.Dia boleh mendengar dan bercakap.hahahha..ada-ada saja dia ni..

2 comments:

Nur Rawaidah Rahmat said...

comey adik dan kucing dua 2 :)

Zul Salleh said...

Bazar Ramadhan tahun ni depa juai dalam hujan lebat .... kesiannnnn!