SMS : Assalamualaikum dato',tuan seri, puan seri. Esok ada majlis berbuka puasa diteratak kami. Sila reply kehadiran anda asap. Tempat duduk terhad..
Alamak!! Kakak Ipar jemput ke majlis berbuka puasa dirumah dia..Berpusing-pusing kepala saya, mana taknya.Ini majlis berbuka puasa pertama bersama ipar duai saya. Sudah la hubby tak ada. Macam mana ya..
Akhirnya saya buat keputusan pergu juga,saya tumpang kakak ipar saya yang tinggal di Kajang.
Mulanya,ktorg singgah bazar ramadhan di perkarangan stadium Shah Alam. Meriah dan best jgk bazar tu.Macam2 yang ada...Besar.Tapi saya pening,apa yang saya nak bawa sebagai buah tangan. Takkan tangan kosong jer.. Akhirnya saya beli popia basah.Itu je..hahahaha.. Sebab kalau beli banyak2 kang membazir pulak.Kan?
Majlis berbuka puasa : Rasa yang menggigil2 tadi hilang..Eh,ok jgk kakak2 iparku.. Kecoh rumah tu.Perjumpaan 3 family kakak ipar aku dan 2 orang adik ipar ku sangat meriah..Aku lebih senang jadi pemerhati, pendengar dan melayan anak2 saudara yang huh nakal...Kalau hubby aku ada,dia lagi laa seronok..Hahaha..
Lepas majlis berbuka, saya dengan kakak ipar ke Up Town Shah Alam...Jem!!! Manusia yang sangat ramai..Memang Uptown Shah Alam best!! Macam2 orang ada..Yang bestnya,saya terjumpa seorang penjual kecil.Baru darjah 3 tapi dia punya skill komunikasi memang power!! Mesti mak dia yang ajar.. Rasanya nak pergi lagi la ke Uptown tu..Tunggu hubby lah..Pergi dengan dia..Best skit..
Ehh..mlm ni pun saya ada majlis berbuka. Di rumah mah sedara saya pulak. Di damansara..hahahah..
Sebenarnya saya dah cuba beberpa kali nak tukar background blog ni. Tapi, sebab terlampau "terre", langsung tak jadi.. Ntah kat mana yang tak kena pun saya tak pasti..Macam-macam template dah saya pilih. Yang cun-cun, tapi tak boleh papar..eee...Geram laa jugak.
Lastnya, saya minta bantuan dari abg saya. Hehehe..sekejab je dia buat. Yea laa...computer dalam otak dia..Memang laa sekejab je dia boleh settle..
Nah..sekarang blog saya bermuka baru..Thanks to my big brother...hehehe...
Pejam celik pejam celik, dan hampir tengah bulan Ramadhan. Cepatnya masa berjalan. Aduh..Demi mengingatkan raya..Bestnya dapat cuti, jumpa Hubby tapinya assigment semua nak kena complete!! Wahh..Ini memng masa menyiapkan assigment ni. Bukan saya je, semua rakan-rakan DPLI UKm Julai tengah berhempas pulas siapkan assigment...
Esoknya (Jumaat) ada ujian bahasa isyarat..nak kena menghafal...
Bukan sikit nk kena ingat...banyak seh. Dah la kita tak mengaplikasikan kod tangan tu..
Memangnya, "practice make perfect"...Kagumnya dengan cikgu-cikgu pendengaran yang fasih dengan kod tangan (sign language).Apa yang saya perhatikan, pelajar yang ada masalah pendengaran tak ada masalah dengan proses P&P, diorang boleh faham pergerakkan bibir cikgu. Yang masalahnya, cikgu-cikgu la yang kena mahir betul dengan sign languange ni. Pelajar akan berkomunikasi penuh dengan cikgu-cikgu dalam bahasa Isyarat..Kalau tak mahir, memang ternganga la..
Tapi, bukannya bermakna, saya dan kawan-kawan saya selesai je kursus DPLI ni terus mahir bahasa Isyarat. Cikgu-cikgu yang mengajar pelajr masalah pendengaran sekarang pun ambil masa dalam 2 tahun untuk mahir tau...Saya harap, saya dapat menguasai bahasa baru ini.. Hey..sangat menarik tau...Inilah yang dikatakan 'dengan hikmah saya meneroka....'
Di bawah ni, kira ayat mudah bahasa isyarat...hehehe..cuba teka...
Saya ada kucing yang buta
Si Herot....wah wah wah...

Inilah Si Herot..adik saya kata ini kucing kesayangan dia..hahaha. Si Herot ni tengah bunting tau.. Tak sabar nak tengok anak dia..Kucin ni memang buta. Dua-dua belah mata dia tertutup. Kalau berjalan kedapur (nak pi makan) belanggar-langgar dengan dinding dan kaki kerusi.Hahaha..Kesian. Tapi lucu...



Untuk melihat gambar-gambar saya (hari bertunang&perkahwinan)..
Anda semua boleh layari laman web ini, http://www.neldras.blogspot.com/
Itu blog abang saya (Bakrizal Fahmi bin Abu Bakar)..ehem..hem..dia solo lagi..
ada sape-sape nak jadi kakak ipar saya tak?? (hehehe..gurau je)